Presiden Ashraf Ghani dilapor meninggalkan Afghanistan setelah Taliban kuasai Kabul
Presiden Afghanistan Mohammad Ashraf Ghani telah meninggalkan negara itu, lapor saluran TV tempatan Tolo News TV pada Ahad (15 Ogos).

(Gambar: Reuters)
KABUL: Presiden Afghanistan Mohammad Ashraf Ghani telah meninggalkan negara itu, lapor saluran TV tempatan Tolo News TV pada Ahad (15 Ogos).
Xinhua melaporkan tidak ada pegawai pemerintah Afghanistan yang bersedia memberikan komen mengenai laporan tersebut.
Awal dari itu, Pemangku Menteri Dalam Negeri Afghanistan Abdul Sattar Mirzakwal berkata pada Ahad bahawa "kuasa akan dipindahkan secara aman kepada pemerintah peralihan", lapor media tempatan.
"Sudah disepakati bahawa peralihan kuasa akan dilakukan secara aman kepada pemerintah sementara," katanya dalam siaran televisyen yang dikongsi media tempatan.
"Rakyat tidak perlu bimbang tentang keselamatan dan keamanan di Kabul," katanya setelah kekacauan dan huru hara dilaporkan di beberapa bahagian ibu kota itu disebabkan oleh khabar angin bahawa Taliban telah memasuki bandar tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.