Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Premis jual produk kambing perap guna logo halal palsu diserbu

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu sebuah premis menjual produk kambing perap di Kampung Kelewek, pada Selasa (16 Feb) kerana menggunakan logo halal tanpa kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Anggaran Waktu Membaca:
Premis jual produk kambing perap guna logo halal palsu diserbu

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 16 Feb 2021 11:09PM Dikemas Kini : 16 Feb 2021 11:11PM

TANAH MERAH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu sebuah premis menjual produk kambing perap di Kampung Kelewek, pada Selasa (16 Feb) kerana menggunakan logo halal tanpa kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Cawangan Tanah Merah, Encik Ahmad Azizi Abdul Kadir berkata serbuan pada jam 11.00 pagi itu dilakukan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEIK) hasil maklumat orang awam.

"Hasil pemeriksaan mendapati premis ini menggunakan logo halal JAKIM pada bungkusan daging kambing perap produk keluaran mereka yang tidak diperakui halal oleh badan berwibawa iaitu JAKIM," katanya dalam kenyataan tersebut.

Encik Ahmad Azizi berkata produk makanan, plastik pembungkusan dan gegantung yang mempunyai logo halal JAKIM telah disita dan dianggarkan nilai rampasan adalah sebanyak RM1,015 (S$333).

"Tindakan diambil kerana bertentangan dengan Perenggan 4(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 yang menjadi suatu kesalahan di bawah Perenggan 8(b) perintah yang sama.

"Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda tidak lebih RM100,000 (S$33,000) atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua, denda RM250,000 (S$82,000) atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya," katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan