Prayuth Chan-ocha dijangka kekal sebagai PM
Parti protentera, Palang Pracharat, mencari anggota untuk menubuhkan perikatan pada Khamis (9 Mei) dalam usaha mengekalkan pemimpin tentera Prayuth Chan-ocha sebagai perdana menteri. Beliau memimpin rampasan kuasa di negara itu pada 2014.
BANGKOK: Parti protentera, Palang Pracharat, mencari anggota untuk menubuhkan perikatan pada Khamis (9 Mei) dalam usaha mengekalkan pemimpin tentera Prayuth Chan-ocha sebagai perdana menteri. Beliau memimpin rampasan kuasa di negara itu pada 2014.
Parti tersebut dijangka dengan mudah dapat membentuk kerajaan seterusnya memandangkan ia hanya memerlukan beberapa undi sahaja dalam Dewan Perwakilan untuk memilih perdana menteri di bawah undang-undang baru pilihan raya yang rumit yang dipindakan rejim tentera.
Palang Pracharat dijangka disertai parti Democrat dan Bhumjaithai serta 11 parti kecil lain yang tidak berkaitan dengan pihak protentera atau perikatan Democratic Front yang menentang tentera. Demikian pengamatan Yuttaporn Issarachai, seorang pengkaji sains politik dari Universiti Terbuka Sukhothai Thammathirat.
"Prayuth pasti akan menjadi perdana menteri" dalam senario ini, tambah beliau. Namun beliau menambah kemungkinan besar kerajaan yang ditubuhkan tidak stabil, dengan majoriti yang tipis dalam Dewan.
Para pemimpin Democratic Front mengadu bahawa sistem pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya kedua-duanya bersifat berpihak kepada rejim tentera.
Para pegawai pilihan raya dan Palang Pracharat menolak dakwaan tersebut.
Perikatan Democratic Front terdiri daripada tujuh parti. Ia diterajui parti Pheu Thai yang setia kepada bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra yang dibuang negeri pada 2006 selepas digulingkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.