Skip to main content

Dunia

Pramugari di China tenangkan bayi yang nangis 5 jam, dapat pujian online

Anggaran Waktu Membaca:
CHINA: Baru-baru ini, seorang pramugari di China mendapat pujian online selepas hampir lima jam menenangkan bayi yang menangis di dalam kapal terbang.

Pramugari itu sedang bekerja dalam penerbangan domestik Air China dari Jilin ke Chengdu. Dalam penerbangan tersebut, beliau perasan bahawa seorang ibu berdepan kesusahan menenangkan bayinya.

Wanita itu menawarkan bantuan dengan mengangkat bayi berkenaan untuk mengurangkan gangguan kepada penumpang-penumpang lain, menurut laporan Star Video.

Rakaman video yang dimuat naik di aplikasi Douyin itu menunjukkan pramugari tersebut menggosok belakang dan mencubit pipi bayi tersebut.

Ia dilaporkan bahawa apabila pramugari mengambil tempat duduk mereka, beliau membantu untuk menidurkan bayi tersebut. Beliau juga melayani bayi itu sewaktu dia bangun, menurut laporan Hong Kong South China Morning Post (SCMP).

Warga siber memuji naluri keibuan pramugari berkenaan.

Satu komen berbunyi: "Anda boleh lihat betapa lemah lembut wanita ini. Budak itu tidak menolak dan tersenyum"

Bayi yang menangis dalam penerbangan sering menjadi titik perdebatan.

Pada pertengahan bulan September tahun lalu, vlogger bernama "Mo" mencetuskan kemarahan orang ramai. Di dalam video Tiktok, "Mo" mencadangkan agar "penerbangan hanya untuk orang dewasa sahaja".

Satu video yang lain, menunjukkan seorang lelaki warga Korea mengutuk sepasang ibu bapa kerana tidak menenangkan anak mereka dalam penerbangan ke Jeju. Video warga Korea itu mendapat perhatian ramai dan mencetus perdebatan.
Sumber : Today/FQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita