Pramugara AirAsia ini tular gara-gara sanggup dendangkan lagu demi hiburkan penumpang
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: _ashwebster/TikTok
VIETNAM: Sebuah video yang merakam seorang pramugara AirAsia mendendangkan lagu 'Perfect' nyanyian Ed Sheeran semata-mata untuk menghiburkan para penumpang penerbangan tersebut, tular di TikTok baru-baru ini.
Rakaman selama 58 saat itu, yang dimuat naik pengguna “_ashwebster” pada 4 Julai, telah meraih sekurang-kurangnya 772,200 tontonan dan 930 komen setakat Jumaat (14 Jul).
Rakaman selama 58 saat itu, yang dimuat naik pengguna “_ashwebster” pada 4 Julai, telah meraih sekurang-kurangnya 772,200 tontonan dan 930 komen setakat Jumaat (14 Jul).
Kapsyen video TikTok tersebut berbunyi: "Tidak ada hiburan dalam pesawat semasa penerbangan kami dari Kemboja ke Vietnam, lantaran itu, pramugara tersebut mengatakan bahawa dia akan membuat persembahan untuk kami."
Dalam video tersebut, pramugara itu dilihat mendendangkan lagu pop balada itu menerusi sistem siar raya semata-mata untuk menghiburkan para penumpang.
Video itu menerima reaksi yang positif daripada warga net, dengan kebanyakan mereka menyifatkan cara pramugara itu sebagai sangat menghiburkan hati.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.