Skip to main content

Dunia

Prabowo Subianto dijangka daftar untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden selepas 21 Okt

Anggaran Waktu Membaca:
Prabowo Subianto dijangka daftar untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden selepas 21 Okt

Encik Prabowo Subianto mendapat sokongan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden pada 2024. (Gambar: Prabowo Subianto/Facebook)

Diterbitkan : 20 Oct 2023 11:04AM
JAKARTA: Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto dijangka mendaftarkan dirinya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden, selepas Sabtu (21 Okt).

Ketua Umum Partai Golkar, Airlangga Hartarto berkata Encik Prabowo akan berbuat demikian selepas rapat pimpinan nasional parti itu yang berlangsung esok.

Golkar adalah satu daripada lapan parti politik yang menyokong Encik Prabowo.

Dua mantan Gabenor, Ganjar Pranowo dan Anies Baswedan serta naib calon masing-masing, sudahpun mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya pada hari pertama pendaftaran dibuka semalam.

Sebelum ini, empat nama yang disebut-sebut menjadi bakal calon wakil presiden untuk Prabowo, iaitu Gibran Rakabuming Raka dan Khofifah Indar Parawansa.

Ada pula kemungkinan nama Erick Thohir dan Airlangga Hartarto.

Pendaftaran bakal calon presiden dan wakil presiden dijadualkan berlangsung sehingga 25 Oktober ini.

Pilihan Raya Presiden Indonesia berlangsung serentak dengan Pilihan Raya Umum pada 14 Februari tahun hadapan.
Sumber : AGENCIES/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita