Prabowo sedia hadapi semua kemungkinan selepas Mahkamah Agung Amerika tolak tarif global Trump
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto berkata pada Sabtu (21 Feb) bahawa pemerintahnya bersedia menghadapi semua kemungkinan setelah Mahkamah Agung Amerika Syarikat menolak tarif global Trump.
Encik Prabowo, bersama beberapa menterinya, melakukan lawatan ke Washington pada minggu ini untuk menghadiri mesyuarat sulung Lembaga Keamanan Trump dan untuk menghadiri mesyuarat dua hala dengan Encik Trump bagi memeterai perjanijan perdagangan yang akan mengurangkan kadar tarif terhadap eksport Indonesia daripada 32 peratus kepada 19 peratus.
"Kita siap untuk menghadapi semua kemungkinan, kita hormati politik dalam negeri Amerika Syarikat, dan kami akan pantau semua perkembangan," kata Encik Prabowo kepada wartawan dalam satu kenyataan video.
Secara berasingan, Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Airlangga Hartarto berkata pada Sabtu bahawa pemerintah negara itu sebelum ini memohon supaya Amerika Syarikat mengekalkan pengecualian tarif yang dipersetujui sebelum ini ke atas sejumlah eksport Indonesia, seperti minyak sawit, kopi dan koko.
Encik Airlangga menambah perjanjian perdagangan pada Jumaat antara Indonesia dengan Amerika Syarikat tetap berkuat kuasa walaupun dengan perkembangan terkini, sambil berkata layanan berbeza akan diberikan kepada negara-negara yang sudah pun memeterai perjanjian perdagangan dengan Washington.

Sumber : Reuters/HZ/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.