Prabowo rasmikan loji petrokimia Lotte Chemical bernilai AS$4 bilion
Presiden Indonesia Prabowo Subianto pada Khamis (6 Nov) merasmikan kemudahan pengeluaran petrokimia bernilai AS$4 bilion (S$5.23 bilion) yang dibangunkan Lotte Chemical dari Korea Selatan.
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto pada Khamis (6 Nov) merasmikan kemudahan pengeluaran petrokimia bernilai AS$4 bilion (S$5.23 bilion) yang dibangunkan Lotte Chemical dari Korea Selatan.
Kemudahan tersebut akan menghasilkan sejuta tan metrik etilena setahun.
Loji tersebut mula beroperasi secara komersial pada Oktober lalu dan merupakan loji pemecah nafta baharu pertama negara itu dalam tempoh 30 tahun, menurut Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral.
Semasa majlis perasmian itu, Encik Prabowo berkata pemerintah akan terus memanfaatkan kerjasama itu dengan menyokong pelaburan asing di Indonesia.
Pengeluaran daripada loji Lotte yang terletak di bandar Cilegon dijangka dapat mengurangkan import etilena Indonesia pada kadar lebih 90 peratus, dan syarikat itu merancang untuk terus memperluaskan pelaburannya, kata pengerusi Lotte Group, Shin Dong-bin, di majlis tersebut.
“Lotte akan terus melabur dan mengembangkan perniagaannya kepada produk petrokimia bernilai tinggi bagi memperkukuh kapasiti industri Indonesia,” kata beliau selanjutnya.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.