Prabowo rancang 15 projek mega bagi teruskan dasar hiliran Jokowi
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengumumkan pada 19 Feb, 2025 bahawa Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi Satryo Soemantri Brodjonegoro (kiri) digantikan oleh Brian Yuliarto (kanan), (Gambar: Facebook/Kementerian Pendidikan Tinggi, Sains, dan Teknologi, Tim Media Presiden)
"Kita akan terus menggerakkan aktiviti hiliran. Tahun ini, kita akan memulakan usaha ini dengan sekurang-kurangnya 15 projek mega bernilai berbilion dolar. Perlu diingat, kita tidak akan bergantung kepada pelaburan asing," katanya di Bogor, Jawa Barat, pada Sabtu (15 Feb) lapor ANTARA.
Berucap semasa sambutan ulang tahun ke-17 Parti Gerindra yang dipimpinnya, Encik Prabowo menegaskan bahawa Indonesia perlu meneruskan usaha hiliran sumber semula jadi bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat.
Beliau turut menekankan bahawa Kabinet Merah Putih yang diterajuinya bersikap terbuka kepada pelabur yang ingin menyertai pelaksanaan dasar hiliran, namun pemerintah tidak akan merayu untuk mendapatkan modal pelaburan mereka.
"Kita terbuka kepada pelabur asing yang ingin melabur di Indonesia. Namun, kita tidak akan merayu. Kita akan bangkit dengan kekuatan sendiri," katanya.
Encik Prabowo menjelaskan bahawa usaha hiliran sumber semula jadi bagi meningkatkan nilainya selaras dengan misi utama pentadbirannya yang dikenali sebagai Asta Cita.
Beliau turut menyatakan bahawa langkah hiliran itu akan merangkumi sektor maritim bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, dengan matlamat membina ekonomi yang adil dan saksama untuk semua rakyat.
Selain itu, beliau menegaskan bahawa dasar hiliran sejajar dengan visi mantan Presiden Indonesia, Soekarno atau Bung Karno, yang memperjuangkan kemandirian dan kebergantungan kepada sumber sendiri.
"Kita ingin merealisasikan impian Presiden Soekarno, memastikan negara ini mampu berdikari," katanya.
Selain aktiviti hiliran, Encik Prabowo turut mengulangi komitmennya untuk melaksanakan keutamaan lain tahun ini, termasuk program Makanan Bergizi Percuma dan keselamatan tenaga.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.