Prabowo minta biaya haji jemaah Indonesia diturunkan, waktu menunggu dipendekkan jadi 26 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Indonesia Prabowo Subianto. (Gambar: YASUYOSHI CHIBA / AFP)
JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto meminta Kementerian Haji dan Umrah untuk terus menurunkan kos haji serta memendekkan masa menunggu keberangkatan haji bagi jemaah Indonesia kepada 26 tahun.
Semasa memimpin Sidang Kabinet Paripurna pada ulang tahun pertama pemerintahan, Presiden Prabowo meminta Menteri Haji dan Umrah Mochamad Irfan Yusuf yang tidak dapat hadir untuk mengkaji agar kos haji dapat diturunkan lagi melalui kecekapan perbelanjaan.
"Menteri Haji, beliau tidak hadir kerana beliau kini berada di Arab Saudi berurusan dengan mereka, saya minta kos haji mesti terus diturunkan. Ya, boleh melalui kecekapan (perbelanjaan). Boleh melalui kecekapan dan pelaksanaan yang bersih," kata Presiden Prabowo ketika menyampaikan ucapan pembukaan Sidang Kabinet Paripurna di Istana Negara Jakarta, Isnin (20 Okt), lapor Antara.
Selain menurunkan kos haji, Encik Prabowo juga mahu mempercepat masa menunggu haji dari purata 40 tahun pada masa ini, dipendekkan kepada 26 tahun.
Ketua Negara Indonesia itu optimis bahawa kedua-dua sasaran itu boleh direalisasikan. Apatah lagi, pemerintah sudah membentuk Kementerian Haji dan Umrah, sedangkan sebelum ini, urusan haji berada di bawah Badan Pengelola Haji.
Encik Prabowo berkata Kementerian Haji dan Umrah itu dibentuk atas permintaan Kerajaan Arab Saudi yang berpendapat urusan haji perlu dikendalikan oleh pegawai setaraf menteri.
"Kami menubuhkan Kementerian Haji atas permintaan Kerajaan Arab Saudi kerana mereka berkata, 'Urusan haji kami adalah Menteri Haji. Jadi kami mesti meminta urusan itu dengan pegawai peringkat menteri. Oh, ini Ketua Badan'. Tidak, mereka mahukan menteri. Apa boleh buat, kami menyesuaikan diri," kata Encik Prabowo, seperti dilaporkan Antara.
Dalam kesempatan itu juga, Encik Prabowo mendedahkan bahawa Kerajaan Arab Saudi, buat pertama kali dalam sejarah, mengubah undang-undang mereka dan bersetuju negara asing boleh membeli tanah di Tanah Suci.
Oleh yang demikian, Kerajaan Arab Saudi bersetuju dengan rancangan pemerintah Indonesia untuk membangunkan Kampung Indonesia di Kota Mekah, hasil pendekatan berterusan yang dilakukan.
Kerajaan Arab Saudi turut menawarkan beberapa bidang tanah yang strategik, malah yang lokasinya tidak terlalu jauh dari Masjidil Haram.
Namun, pembelian tanah tersebut perlu dilakukan melalui lelongan terbuka bersama entiti lain yang jumlahnya mencecah sekitar 90 entiti.

Sumber : Bernama/ANTARA/NK/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.