Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Prabowo mahu Bali jadi 'Hong Kong Baharu' atau 'Singapura Baharu'

Anggaran Waktu Membaca:
Prabowo mahu Bali jadi 'Hong Kong Baharu' atau 'Singapura Baharu'

(Gambar: AFP/SONNY TUMBELAKA)

Diterbitkan : 04 Nov 2024 05:02PM Dikemas Kini : 04 Nov 2024 05:06PM
JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto berhasrat menjadikan Bali sebagai "Singapura Baharu" atau "Hong Kong Baharu".

Beliau berkata demikian di hadapan tokoh-tokoh dan calon ketua daerah yang disokong oleh Partai Gerindra sempena Pilihan Raya Kepala Daerah (Pilkada) Bali 2024 di Denpasar, Bali pada Ahad (3 Nov0, lapor Kompas.

Presiden Prabowo berkata, pemerintah pimpinannya komited membina sebuah lapangan terbang di Bali Utara, khususnya di Kabupaten Buleleng.

Menurut Presiden Prabowo, dengan pembangunan itu, Bali Utara diharap akan menjadi pusat ekonomi seperti Singapura dan Hong Kong.

"Saya telah menyatakan komitmen saya untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa Bali Utara," katanya pada Ahad (3 Nov).

"Kita akan jadikan Bali mungkin sebagai Singapura baharu, Hong Kong baharu, sebagai pusat bagi kawasan ini,” tambah beliau.

Sehubungan itu, beliau menggesa calon ketua daerah Bali yang bakal dipilih untuk bekerja keras dan berani berpandangan jauh, walaupun dianggap mustahil oleh orang lain.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan