Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Prabowo ke Papua periksa projek ladang pertanian untuk program makanan percuma

Anggaran Waktu Membaca:
Prabowo ke Papua periksa projek ladang pertanian untuk program makanan percuma

(Gambar: AFP/INDONESIAN PRESIDENTIAL PALACE)

Diterbitkan : 03 Nov 2024 02:13PM Dikemas Kini : 03 Nov 2024 02:26PM
JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengadakan lawatan ke wilayah Papua untuk melihat kemajuan program makanan percuma bertujuan untuk menghasilkan tiga juta hektar ladang pertanian merentas negara tersebut.

Encik Prabowo berikrar bahawa negara itu akan dapat berdikari dari segi makanan dalam empat tahun akan datang. Seorang penasihat kepada Encik Prabowo berkata program tersebut mungkin menambah 20 juta tan padi atau 10 juta tan padi dituai.

Satu juta hektar tanah akan ditempatkan di bandar Merauke, wilayah Selatan Papua, di mana Encik Prabowo melawat pada Ahad (3 Nov). Baki tanah pertanian akan ditempatkan di Sumatera dan Kalimantan.

Pemerintah menyatakan bahawa program itu akan menumpukan kepada usaha meningkatkan penghasilan beras, dengan negara itu bergantung kepada beras dan barang lain seperti gula yang diimport.

Menurut kenyataan daripada Istana Negara, untuk membantu program makanan Merauke, Jakarta merancang untuk membina pelabuhan di wilayah Wanam, dan jalan sepanjang 135 kilometer dari Wanam ke wilayah Muting.

Lawatan tersebut adalah yang pertama ke wilayah Papua buat Encik Prabowo selepas dilantik sebagai presiden Indonesia kelapan bulan lalu. Program makanan itu dimulakan semasa era pemerintahan mantan Presiden Indonesia Joko Widodo.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan