Prabowo ikrar akan lindungi kedaulatan Laut China Selatan
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto berkata beliau akan "sentiasa menjaga kedaulatan kami" apabila ditanya mengenai isu Laut China Selatan, sambil menambah kerjasama adalah lebih baik daripada konflik dan "kami menghormati semua pihak".
Komen Presiden Prabowo, dikeluarkan ketika berada di Washington pada Rabu (13 Nov), selepas Kementerian Luar Indonesia menegaskan bahawa Indonesia tidak mengiktiraf tuntutan China ke atas Laut China Selatan walaupun telah menandatangani perjanjian maritim dengan Beijing hujung minggu lalu.
Beijing sejak sekian lama bertikai dengan negara-negara Asia Tenggara mengenai Laut China Selatan, yang dituntut hampir keseluruhannya, berdasarkan "sembilan garis putus-putus" pada petanya yang turut melibatkan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) beberapa negara.
"Kami menghormati semua kuasa, tetapi kami akan sentiasa menjaga kedaulatan kami. Tetapi saya memilih untuk sentiasa mencari peluang kerjasama," kata Presiden Prabowo, yang telah berulang kali berkata beliau akan meneruskan dasar luar negara tidak berkecuali.
“Kerjasama lebih baik daripada konflik,” katanya kepada para wartawan.
Presiden Prabowo, yang dalam rangka lawatan pertamanya ke luar negara sejak menyandang jawatan tersebut bulan lalu, bertemu dengan Presiden China Xi Jinping di Beijing pada hujung minggu lalu.
Perjanjian pembangunan maritim yang ditandatangani oleh China dan Indonesia menyatakan bahawa kedua-dua pihak telah mencapai persefahaman "mengenai pembangunan bersama dalam bidang tuntutan bertindih."
Pengungkapann itu mencetuskan keprihatinan di Indonesia, dengan sesetengah penganalisis berkata ia boleh ditafsirkan sebagai perubahan pada pendirian lama Indonesia sebagai negara yang tidak menuntut di Laut China Selatan dan berisiko menjejas hak kedaulatan Indonesia ke atas sumber di EEZ itu.
Presiden Prabowo tidak merujuk secara langsung kepada kenyataan bersama itu dalam komennya kepada para wartawan tetapi berkata beliau telah membincangkan Laut China Selatan dengan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dalam mesyuarat sehari sebelum itu.
Presiden Prabowo juga akan melakukan lawatan ke Peru untuk Sidang Puncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan Brazil untuk Sidang Puncak G20.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.