Prabowo dijangka umum barisan kabinet sejurus selepas angkat sumpah
Anggaran Waktu Membaca:
NUSANTARA: Encik Prabowo Subianto dijangka mengumumkan barisan menteri kabinetnya sejurus setelah beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden Indonesia yang ke lapan Ahad ini (20 Okotober).
Sederetan calon menteri sudahpun beliau temui sepanjang minggu ini termasuk Menteri Kewangan sekarang Cik Sri Mulyani.
Beliau mengesahkan telah dipelawa untuk meneruskan tugas dalam kabinet pemerintahan Encik Prabowo.
Indonesia berada di ambang era kepimpinan yang baharu.
Presiden Joko Widodo yang bakal melepaskan jawatan, akan menyaksikan majlis angkat sumpah jawatan presiden baharu Indonesia Prabowo Subianto di di Kompleks Parlimen Senayan.
Pada 1 Oktober lalu, kedua-dua mereka hadir semasa majlis pelantikan para anggota parlimen untuk tempoh khidmat selama lima tahun.
Wakil-wakil daripada lapan parti politik yang memenangi kerusi parlimen mereka semasa Pilihan Raya Umum Indonesia Februari lalu, berharap untuk bekerjasama dengan pentadbiran Encik Prabowo.
Anggota Parlimen, Parti Gerindra, Abdul Wachid berkata: "Kami ini ada fungsi anggaran, fungsi perundangan. Ini godaan-godaan yang cukup besar. Di DPR RI ini kami berharap dengan anggota dewan yang 50 peratus adalah anggota yang baru, jangan mudah tergoda, jangan mudah terpikat, jangan sampai dilakukan seperti itu.
"Kami dari Partai Gerindra, Pak Prabowo selalu menekankan jauhkan itu dan jangan lakukan. Kalau anda lakukan, akan tidak kami toleransi begitu."
Berusia 73 tahun, Encik Prabowo yang merupakan pengerusi Gerindra, dijangka mewarisi sokongan yang sangat diperlukan daripada badan perundangan.
Gabungan perikatan beliau menguasai Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan ini mungkin bakal memudahkan laluan bagi penggubalan dasar-dasar yang ingin beliau terapkan.
Anggota Parlimen, PDI-P, Said Abdullah berkongsi: "Harapan kami ke depan, kalau selama dua penggal Presiden Jokowi orientasinya kepada pembangunan yang warisannya tidak dapat (dinafikan) dan harus kita akui, maka presiden yang akan datang harus lebih bekerja keras lagi.
"Tidak hanya pembangunan fizikal, tetapi yang lebih penting adalah daya penghasilan Sumber Daya Manusia yang harus kita kejar lima tahun ke depan."
September lalu, Dewan Perwakilan Rakyat meluluskan pindaan undang-undang bagi menghapuskan had ke atas jumlah kementerian di kabinet.
Sebelum ini, terdapat had undang-undang 34 kementerian di bawah pentadbiran Joko Widodo. Semakan baru-baru ini di Dewan Perwakilan Rakyat menghapuskan had tersebut, membenarkan pemerintahan Prabowo Subianto yang akan datang membentuk kabinet yang lebih besar.
Menurut para pengamat, kabinet lebih besar itu diperlukan bagi memberi ganjaran kepada para penyokong setia serta sekutu dalam perikatan besar Encik Prabowo.
Encik Prabowo merancang untuk mengumumkan barisan kabinetnya pada hari pelantikan beliau.
Ketika berucap di sebuah acara politik baru-baru ini, beliau berkongsi apa yang dijangka daripada jemaah menterinya.
"Saya sudah sampaikan kepada semua parti yang mahu bergabung dalam perikatan saya. Saya terang-terangan katakan semua ketua umum, semua perwakilan. Saya katakan saudara-saudara, jangan menugaskan menteri-menteri yang saudara pilih, di pemerintah yang akan saya pimpin.
"Jangan saudara tugaskan untuk mencari wang dari Belanjawan Negara atau Daerah," kata Encik Prabowo.
Presiden Widodo secara meluas dipercayai memainkan peranan kunci bagi kemenangan Encik Prabowo, yang pernah menjadi musuh politiknya.
Mantan jeneral itu kecundang di tangan Encik Jokowi sebanyak dua kali - semasa Pilihan Raya Presiden pada 2014 dan 2019.
Namun, nasib menyebelahi Encik Prabowo pada percubaan kali ketiga menjadi ketua negara.
Beliau yang kali ini berganding dengan Gibran Rakabumi Raka, anak sulung Presiden Jokowi, meraih kemenangan dalam pusingan pertama pilihan raya pada Februari lalu.
Presiden Joko Widodo dipercayai turut memudahkan laluan bagi penggantinya itu menerusi siri rombakan kabinet.
Ramai anggota Parti Gerindra yang dipimpin Encik Prabowo memegang jawatan penting dalam pemerintah.
Presiden Jokowi berkata: "Kerana peralihan ke pemerintahan yang berjalan dengan baik dan licin itu penting untuk menjaga optimisme kita semua. Untuk menjaga kestabilan, baik itu politik mahupun ekonomi."
Kedua-dua tokoh pemimpin ini berdiri teguh bersama-sama bagi memastikan peralihan pucuk pimpinan yang lancar dan aman.
Sedang Encik Jokowi mengucapkan selamat tinggal selepas berkhidmat selama 10 tahun, kini tiba giliran Encik Prabowo, Presiden ke-8 Indonesia, untuk memimpin negara itu ke tahap lebih tinggi sepanjang lima tahun akan datang.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.