Prabowo arah percepat bantuan kepada penduduk terjejas banjir & tanah runtuh di Aceh, Sumatra
Anggaran Waktu Membaca:
AGAM: Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengarahkan Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka untuk mempercepatkan bantuan kecemasan kepada penduduk terjejas banjir dan tanah runtuh di wilayah Aceh, Sumatra Utara dan Sumatra Barat, lapor agensi berita ANTARA.
"Saya diarahkan oleh Presiden untuk mempercepatkan pemulihan kawasan terjejas dan menyokong pengagihan bantuan logistik melalui darat, laut dan udara," kata Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Daerah Agam, Sumatra Barat pada Khamis (4 Dis).
Dalam sesi dialog bersama para mangsa, Encik Gibran menegaskan komitmen pemerintah pusat untuk segera memulihkan perkhidmatan komunikasi, kemudahan kesihatan, sekolah, jambatan dan jalan raya bagi memastikan kelancaran agihan makanan dan bahan api.
Beliau turut menggesa pemerintah tempatan, Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), Polis (Polri), Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan agensi-agensi berkaitan bagi memastikan bekalan makanan serta air bersih mencukupi.
Beliau juga berterima kasih kepada para penduduk yang berkongsi keperluan dan maklum balas, sambil memberi jaminan bahawa pemerintah akan bertindak atas setiap kebimbangan mereka.
Gabenor Sumatra Barat, Mahyeldi yang mengiringi Encik Gibran berkata Agam merupakan daerah dengan jumlah mangsa tertinggi di wilayah itu, dengan bencana turut merosakkan rumah, ladang, sekolah serta pelbagai kemudahan awam.
Beliau juga berkata pemerintah akan terus memastikan bekalan makanan, air minuman dan pakaian mencukupi kepada mangsa, selain memulihkan bekalan elektrik, rangkaian komunikasi serta meneruskan usaha mencari mereka yang masih hilang.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.