Skip to main content

Dunia

Poster PM Anwar dirosakkan lagi

Anggaran Waktu Membaca:
Poster PM Anwar dirosakkan lagi

Gambar: Agensi berita

Diterbitkan : 31 Jul 2023 10:15AM
KUALA LUMPUR: Satu lagi poster yang memaparkan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim dan slogannya “Malaysia Madani” telah dirosakkan.

Kali ini poster yang rosak itu berada di salah satu jalan di Taman Keladi, di Bakar Arang, Kedah dengan "wajah" PM Anwar dipotong dari bunting merah.

Kerusi DUN Bakar Arang merupakan kubu kuat PKR sejak 2008.

Pilihan raya di DUN kali ini akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru yang menampilkan calon Pakatan Harapan, Adam Loh Wee Chai, Raymond Tai Kuang Tee (PN) dan Tan Kee Chye (PRM).

Sebelum ini, poster yang sama telah dirosakkan di Kampung Permatang Tok Din, di Lunas Kedah yang merupakan kawasan kubu kuat PAS, lapor agensi berita Malaysiakini.

Banting iklan yang memaparkan perkataan “Malaysia Madani” bersama wajah Encik Anwar kelihatan robek meninggalkan lubang besar yang ternganga, menurut laporan Malaysiakini itu lagi.

Poster yang rosak itu terletak di hadapan sebuah stesen minyak Petron di kampung itu.

Lunas menjadi medan pertarungan paling "sesak" di Kedah dengan lima calon menyertai pertandingan.

Calon PH Shamsul Anuar Abdullah akan menentang calon PN Khairil Anuar Ramli dan tiga lagi calon bebas.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita