Portugal siasat nahas trem Lisbon
Anggaran Waktu Membaca:
Trem Gloria Lisbon tergelincir dan terhempas, mengakibatkan beberapa orang terkorban pada 3 Sep 2025. (Gambar: Reuters/Pedro Nunes)
LISBON: Pihak berkuasa Portugal sedang menyiasat pada Khamis (4 Sep) apa yang menyebabkan sebuah trem pelancong di Lisbon tergelincir dan terjatuh dari atas bukit, menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan lagi 22 orang cedera apabila ia merempuh sebuah bangunan pada Rabu (3 Sep).
Pejabat Pendakwa Raya menyatakan koroner setakat ini sudah mengenal pasti mayat lima warga Portugal, dua warga Korea Selatan dan seorang rakyat Switzerland, tanpa mendedahkan butiran lanjut mengenai mangsa yang terkorban.
Seorang rakyat Amerika Syarikat maut dalam nahas itu, dedah Jabatan Negara Amerika dalam satu kenyataan.
Menurut ketua polis Portugal, Luis Neves, ada "kemungkinan besar" terdapat dua warga Kanada, seorang warga Ukraine dan seorang rakyat Jerman dalam kalangan mereka yang terkorban, walaupun identiti mereka belum dapat disahkan secara rasmi.
MASALAH KABEL DILAPORKAN PADA TREM
Manuel Leal, ketua kesatuan sekerja Fectrans memberitahu stesen TV tempatan bahawa para pekerja mengadu bahawa masalah pada ketegangan kabel yang mengangkut gerabak menyukarkan brek pada trem itu, namun ia terlalu awal untuk menentukan jika ia adalah punca berlaku nahas tersebut.
Syarikat pengangkutan bandar Carris menyatakan dalam satu kenyataan bahawa "semua protokol penyenggaraan sudah dijalankan", termasuk penyenggaraan bulanan dan mingguan serta pemeriksaan harian.
"Pada pagi Rabu, pemeriksaan dijalankan dan tiada kerosakan dikesan. Kami tidak boleh menganggap bahawa masalahnya pada kabel. Siasatan akan menentukan puncanya," kata CEO Carris Pedro Bogas kepada wartawan.
Beliau berkata kerja-kerja penyenggaraan trem itu dikendalikan oleh syarikat pihak ketiga sejak 2007 dan dijalankan oleh juruteknik pakar yang bertauliah.
Kedua-dua trem itu yang mampu menampung kira-kira 40 penumpang, menaiki dan menuruni bukit serentak sambil ditarik oleh motor elektrik.
Namun kabel itu ternyata terputus, kata seorang pegawai briged bomba.
Disebabkan tidak mengawal kelajuan sewaktu menuruni bukit itu, trem itu turun terlalu pantas sekali gus merempuh laluan berturap dan sebuah bangunan berhampiran.
Laluan itu, yang dibuka pada tahun 1885, menghubungkan kawasan pusat bandar Lisbon berhampiran Dataran Restauradores dengan Bairro Alto, atau Upper Quarter, yang terkenal dengan hiburan malamnya, dan membawa kira-kira 3 juta penumpang setahun.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.