Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Portugal diiktiraf negara terbaik untuk bersara pada 2023

Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Kos sara hidup yang murah, pemandangan yang indah dan pilihan visa mesra pelawat menjadikan Portugal negara terbaik untuk berhijrah pada 2023.

Indeks Tahunan Persaraan Global International Living menyenaraikan 10 negara destinasi persaraan terbaik untuk tahun ini yang bukan sahaja untuk pesara.

Memandangkan kerja di luar pejabat sudah menjadi kelaziman dan orang ramai mahukan gaya hidup yang lebih mudah, negara dalam senarai itu mungkin menarik minat generasi muda, lapor United Press International (UPI).

Pada 2022, Portugal disenaraikan sebagai negara keenam paling selamat di dunia dalam Indeks Keamanan Global Vision of Humanity. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)menyenaraikan penjagaan kesihatannya ditangga ke-12 dunia berdasarkan kemampuan dan mutu.

Infrastruktur negara itu serupa dengan Amerika Syarikat dan banyak kawasan dilengkapi perkhidmatan internet gentian optik, menjadikan kerja dari luar pejabat mudah dilakukan.

Perpindahan warga asing merupakan perkara biasa di Portugal yang menyumbang kira-kira lima peratus penduduknya.

Terry Coles dari International Living berkata seseorang boleh menampung semua perbelanjaan hidup mereka antara AS$2,000 (S$2,700) dan AS$3,000 (S$4,018) sebulan atau kurang jika mereka memilih kawasan luar bandar.

Mexico, Panama, Ecuador dan Costa Rica melengkapkan lima negara teratas dalam senarai itu.

Kira-kira 10 peratus penduduk Costa Rica terdiri daripada ekspatriat. Negara itu mempunyai berpuluh-puluh iklim mikro dan merupakan antara pemerintah paling stabil di dunia, dan digelar sebagai Switzerland Amerika Tengah.

Sepanyol, Greece, Perancis, Itali dan Colombia melengkapkan senarai 10 teratas, masing-masing dengan kelebihan tersendiri.

Kira-kira tiga hingga empat peratus penduduk dunia berpindah ke negara lain setiap tahun. Eropah dan Asia menjadi tuan rumah lebih 60 peratus pendatang, jauh mengatasi Amerika Utara dan seluruh dunia.
 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan