Skip to main content

Dunia

Portal khidmat buka puasa di Masjidil Haram dilancarkan

Anggaran Waktu Membaca:
Portal khidmat buka puasa di Masjidil Haram dilancarkan

Jumlah kuota haji yang diperuntukkan MUIS bagi warga emas 70 tahun ke atas untuk musim haji 2026, naik 5% berbanding tahun ini. (Gambar: @HaramainInfo/X)

Diterbitkan : 25 Jan 2025 03:42PM Dikemas Kini : 25 Jan 2025 03:44PM
MAKKAH: Sebuah portal khusus untuk menerima permohonan menyediakan khidmat berbuka puasa di Masjidil Haram semasa bulan Ramadan dilancarkan oleh Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Khidmat tersebut membolehkan individu untuk memilih satu lokasi dan badan amal, yang membolehkan mereka menyediakan sehingga 10 makanan, lapor Arab News.

Pihak berkuasa menekankan perlunya untuk menyediakan hidangan rendah kalori bagi individu yang menghidap penyakit kronik dan kencing manis, yang membentuk 20 peratus makanan individu dan 30 peratus makanan yang disediakan oleh badan kebajikan.

Permohonan boleh dihantar melalui laman https://iam.alharamain.gov.sa/sso , dengan menekan "sistem menempah makanan berbuka puasa".
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita