Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Portal dilancarkan untuk penghantaran botol air Zamzam ke tempat penginapan jemaah haji

Anggaran Waktu Membaca:
MAKKAH: Syarikat Al-Zamazima melancarkan platform elektronik Zamzam yang bertujuan untuk menghantar botol-botol air Zamzam kepada para jemaah di tempat penginapan mereka.

Platform tersebut dikendalikan mengikut piawai tertinggi oleh kakitangan terlatih bagi mengedarkan air suci itu tanpa sebarang gangguan, lapor Saudi Gazette.

Rayan Zamzami, timbalan ketua penyelia di syarikat itu berkata bahawa platform Zamzam tersebut akan mengandungi pangkalan data semua jemaah dan memastikan ia sepadan dengan pengesan elektronik dan platform pusat Haji Kementerian Haji dan Umrah.

Zamzam adalah platform rasmi di mana laporan dan statistik mengenai rentak pekerjaan disemak. Platform itu berfungsi dengan dan tanpa sambungan internet, lantas memastikan ia beroperasi tanpa kelengahan atau gangguan.

Encik Zamzami berkata kerja-kerja pada platform Zamzam melalui beberapa peringkat, yang memastikan air Zamzam sampai ke penginapan jemaah di kota suci itu.

Ia dimulakan dengan pendaftaran di platform, kemudian melalui pusat kawalan, tiba di gudang untuk diproses sebelum dihantar menggunakan kaedah pengangkutan yang selamat menerysu penyelarasan antara penyelia para jemaah dengan pemandu kenderaan penghantaran berkenaan.

Setibanya ke destinasi penghantaran, mesej pengesahan akan diterima mengenai semua maklumat untuk penerima dan penghantar melalui kod-kod digital yang memudahkan serta menjamin proses penghantaran dan penerimaan, menurut laporan Saudi Gazette.

Di akhir proses penghantaran, terdapat laporan setiap lapan jam yang disimpan bagi tindakan susulan, semakan dan audit. Ia adalah untuk memperbaiki mutu kerja pada hari-hari selanjutnya.

Sementara itu, platform tersebut dipantau sepanjang masa oleh sepasukan kakitangan wanita yang berkemahiran khusus serta berkelayakan di pusat kawalan dan pemantauan syarikat tersebut.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan