Skip to main content

Dunia

Pope terperangkap dalam lif

Pope Francis tiba lewat untuk menghadiri majlis ucapan mingguannya di Dataran St Peter pada Ahad (1 Sep) selepas terperangkap di dalam lif selama 25 minit.

Anggaran Waktu Membaca:
Pope terperangkap dalam lif

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 01 Sep 2019 10:17PM Dikemas Kini : 01 Sep 2019 10:19PM

VATICAN CITY: Pope Francis tiba lewat untuk menghadiri majlis ucapan mingguannya di Dataran St Peter pada Ahad (1 Sep) selepas terperangkap di dalam lif selama 25 minit.

Namun, beliau akhirnya berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba.

“Saya mohon maaf,” katanya sambil tersenyum ketika memulakan ucapan yang terlewat kira-kira 10 minit.

Beliau kemudian menjelaskan ada masalah elektrik di Vatican, menyebabkan beliau terperangkap dalam lif sehingga terpaksa diselamatkan oleh pegawai bomba Vatican.

“Tepukan untuk pasukan bomba,” katanya kepada orang ramai. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita