Pope Francis seru dunia berani buat perubahan demi kebaikan bersama
Anggaran Waktu Membaca:
Pope Francis di St Peter's Basilica di Vatican pada 24 Dis 2024. (Gambar: AP/Andrew Medichini)
VATICAN: Pope Francis menyeru semua orang untuk memberi impak kepada dunia sempena sambutan Krismas tahun ini.
Pope Francis, yang meraikan Krismas ke-12 sejak menyandang jawatan itu, berkata demikian semasa memimpin Misa Malam Krismas di St. Peter's Basilica dan membuka Tahun Suci Katolik 2025, yang pihak Vatican menjangkakan kira-kira 32 juta pelancong mengunjungi Rome pada tahun depan.
Dalam misa yang fokus kepada usaha mengutamakan harapan, yang juga merupakan tema Tahun Suci, Pope Francis berkata harapan "adalah seruan untuk tidak berlengah-lengah, tidak dihambat oleh tabiat lama kita, atau bergelumang dalam sikap malam".
“Harapan menyeru kita... supaya memperbetulkan perkara yang salah dan mencari keberanian untuk mengubahnya,” katanya.
Tahun Suci Katolik, juga dikenali sebagai Jubli, dianggap sebagai masa damai dan pengampunan. Ia biasanya berlaku setiap 25 tahun.
Jubli itu akan berlangsung hingga 6 Jan 2026.
Pope Francis, yang berusia 88 tahun pada bulan ini, telah mengalami apa yang disifatkan oleh Vatican sebagai selesema. Beliau kelihatan baik-baik sahaja pada petang Selasa (24 Dis), walaupun suaranya agak garau.

Sumber : Reuters/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.