Pope Francis perlu belajar bercakap semula selepas jalani terapi oksigen
Pope Francis berucap dalam satu sidang media dengan para wartawan selepas melakukan lawatan selama 12 hari ke Asia Tenggara dan Oceania. (Gambar: Guglielmo Mangiapane / POOL / AFP)
Fernandez yang juga pemimpin kanan gereja Katolik, menolak andaian bahawa Pope Francis akan bersara dan sebaliknya berkata beliau sedang kembali kepada keadaan asal dirinya.
"Pope Francis dalam keadaan yang sangat baik, tetapi terapi oksigen aliran tinggi ini mengeringkan segalanya.
"Beliau perlu belajar semula cara bercakap, namun keadaan fizikal keseluruhannya seperti sebelum ini," kata Fernandez semasa pembentangan buku baharu Pope Francis mengenai puisi.
Pope Francis, 88 tahun dimasukkan ke hospital selama lima minggu setelah mengalami radang paru-paru berganda, di mana pada ketika itu Vatican mengeluarkan satu rakaman audio ringkas beliau bercakap, pada 6 Mac lalu dengan suaranya serak, lelah dan sukar difahami.
Dalam kemas kini mengenai keadaan kesihatan Pope Francis pada Jumaat, Vatican menjelaskan, keadaan Pope Francis kekal stabil dengan "peningkatan kecil dalam pernafasan dan mobiliti."
Ia mengesahkan bahawa beliau tidak lagi menggunakan alat ventilasi mekanikal untuk bantuan pernafasan pada waktu malam sejak Isnin, tetapi masih menerima oksigen melalui saluran kecil di bawah hidungnya untuk sebahagian besar masa.
Masih belum ada pengumuman rasmi tentang bila beliau akan kembali ke Vatican.
Fernandez juga berkata, beliau tidak pasti sama ada Pope Francis akan keluar dari hospital sebelum sambutan Easter pada 20 April ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.