Pope Francis kecam 'kekejaman' di Gaza selepas dikritik menteri Israel
Pope Francis pada Sabtu (21 Dis) sekali lagi mengutuk serangan udara Israel di Gaza.
Pope Francis berucap dalam satu sidang media dengan para wartawan selepas melakukan lawatan selama 12 hari ke Asia Tenggara dan Oceania. (Gambar: AP)
Ini selepas seorang menteri Israel secara terbuka mengecam Pope Francis kerana mencadangkan agar masyarakat global menilai sama ada serangan tentera Israel di Gaza boleh dianggap sebagai pembunuhan beramai-ramai atau genosid terhadap penduduk Palestin.
Pope Francis memulakan ucapan tahunan sempena Hari Krismas dengan menukil serangan udara Israel yang berlaku pada Jumaat lalu (20 Dis), yang mengorbankan sekurang-kurangnya 25 penduduk Palestin di Gaza.
"Semalam, kanak-kanak dibom," katanya.
"Ia satu kekejaman. Ia bukan peperangan. Saya ingin katakan ini kerana ia menyentuh hati."
Pope Francis biasanya berhati-hati dalam ucapannya supaya tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Namun beliau sejak kebelakangan ini lebih lantang bersuara mengenai kempen tentera Israel terhadap Hamas.
Dalam sedutan buku yang diterbitkan pada bulan lalu, Pope Francis berkata sesetengah pakar antarabangsa berkata "apa yang sedang berlaku di Gaza mempunyai ciri-ciri genosid".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.