Skip to main content

Dunia

Pope Francis alami krisis pernafasan terpencil di hospital

Anggaran Waktu Membaca:
Pope Francis alami krisis pernafasan terpencil di hospital

Pope Francis. (Gambar: Reuters/Remo Casilli)

Diterbitkan : 01 Mar 2025 01:31PM Dikemas Kini : 01 Mar 2025 01:33PM
BANDAR VATICAN: Pope Francis, yang sedang dirawat di hospital disebabkan penyakit radang paru-paru, mengalami apa yang disifatkan sebagai "krisis" pernafasan pada Jumaat (28 Feb), menurut Vatican.

Ia menyebabkan beliau muntah tetapi telah diberikan bantuan udara dan memberi respons dengan baik.

Perkembangan baharu itu dikongsi selang beberapa jam selepas satu sumber Vatican menyatakan keadaan Pope Francis tidak lagi dianggap kritikal. Ini selepas keadaan kesihatannya semakin menunjukkan perkembangan baik.

Pope Francis, yang telah menghabiskan dua minggu lalu di Hospital Gemelli di Rom, "menghadapi krisis bronkospisme terpencil yang ... (mengakibatkannya) muntah dengan penyedutan dan keadaan pernafasan yang menjadi teruk secara tiba-tiba", kata Vatican dalam satu kenyataan pada petang Jumaat.

Beliau bagaimanapun "kekal awas pada setiap masa, memberi kerjasama dengan gerakan terapeutik itu", tambahnya.

Doktornya berkata ia akan mengambil masa 24 hingga 48 jam lagi untuk menentukan sama ada masalah pernafasan itu telah memburukkan lagi keadaannya atau tidak, menurut sumber Vatican.

Pope Francis dimasukkan ke hospital pada 14 Februari lalu kerana menghadapi masalah bernafas.

Namun, keadannya mula merosot sehinggakan beliau disahkan mengalami radang paru-paru di kedua-dua parunya, sekali gus mencetuskan kebimbangan.
Sumber : Reuters/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita