Pope Francis akan lawat Masjid Istiqlal, adakan pertemuan berbilang agama semasa lawatan ke Indonesia
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: AFP
JAKARTA: Pope Francis akan mengunjungi masjid ikonik Indonesia, Masjid Istiqlal, semasa membuat lawatan ke empat negara Asia pada awal bulan depan.
Lawatannya itu akan bermula dengan Jakarta pada 3 September nanti, di mana Pope Francis akan bertemu Presiden Joko Widodo.
Semasa kunjungannya ke Masjid Istiqlal, beliau akan mengadakan pertemuan berbilang agama dengan para pemimpin Islam, Buddha, Confusius, Hindu, Katolik dan Protestan.
Indonesia merupakan persinggahan pertama Pope Francis dalam lawatannya ke Asia itu, dan beliau Pope ketiga untuk melawat negara dengan Muslim paling ramai di dunia ini.
Mengulas mengenai lawatan Pope itu, Imam Besar Masjid Istiqlal, Prof Nasaruddin Umar berkata: "Kita memang akan memanfaatkan kehadiran Pope itu sekali gus untuk membicarakan titik temu antara umat beragama.
"Kerana kita sangat berharap bahawa penekanan aspek titik temu antara satu agama dengan agama lain, satu keyakinan dengan keyakinan lain, satu etnik dengan etnik yang lain, itu sangat kita harapkan dalam masyarakat yang semakin majmuk dan semakin banyak tantangan seperti ini," tambahnya.
"Kita perlukan adanya cara pandang yang sama dalam menjalani kehidupan bersama di atas bumi Tuhan, di bawah atap langitnya Tuhan."

Sumber : CNA/FZ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.