Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pope beri amaran 'kematian besar' dalam pertempuran di Timur Tengah

Pope Francis pada Ahad (16 Mei) berkata kehilangan nyawa yang tidak bersalah dalam keganasan antara Israel dengan Palestin adalah 'sesuatu yang dasyat dan tidak dapat diterima' sambil memberi amaran bahawa konflik terbaru itu boleh menjadi lebih buruk lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Pope beri amaran 'kematian besar' dalam pertempuran di Timur Tengah

Pope Francis di Istana Apostolik menghadap Dataran St. Peter's pada 16 Mei 2021. (Gambar: Tiziana FABI/AFP)

Diterbitkan : 16 May 2021 10:53PM Dikemas Kini : 16 May 2021 10:57PM

VATICAN CITY: Pope Francis pada Ahad (16 Mei) berkata kehilangan nyawa yang tidak bersalah dalam keganasan antara Israel dengan Palestin adalah 'sesuatu yang dasyat dan tidak dapat diterima' sambil memberi amaran bahawa konflik terbaru itu boleh menjadi lebih buruk lagi.

"Sejak kebelakangan ini, pertempuran bersenjata yang ganas antara Carikan Gaza dengan Israel telah mengambil alih dan berisiko mewujudkan semula lingkaran kematian dan kemusnahan," kata Pope selepas upacara keagamaan Regina Caeli pada hari minggu.

"Ramai orang cedera dan ramai orang yang tidak bersalah meninggal dunia. Antaranya ada juga kanak-kanak dan ini sesuatu yang dasyat serta tidak dapat diterima," kata Pope berusia 84 tahun itu.

"Saya bertanya pada diri sendiri: ke mana akhirnya kebencian dan balas dendam? Adakah kita benar-benar berfikir bahawa kita akan mengecap kedamaian dengan memusnahkan yang lain?" ulas Pope Francis, yang ditujukan kepada orang ramai di Dataran Saint Peter di Vatican.

Beliau berkata demikian selepas perhimpunan khas bagi Myanmar pada sebelah pagi.

Ketika perhimpunan beramai-ramai itu, beliau mengulangi seruan untuk menamatkan pertumpahan darah di negara tersebut yang disebabkan oleh tindakan keras ke atas orang awam oleh junta tentera selain menyeru rakyatnya untuk tidak berputus asa.

Pope Francis, juga menggesa bagi kedamaian di Timur Tengah.

"Saya menyeru supaya semua bertenang dan, kepada mereka yang mempunyai tanggungjawab,agar menghentikan pertempuran bersenjata serta mencari jalan damai juga dengan bantuan masyarakat antarabangsa," katanya.

Serangan Israel meragut nyawa 33 warga Palestin di Carikan Gaza pada Ahad, angka korban yang paling buruk dilaporkan sejauh ini dalam pertempuran yang berlangsung hampir seminggu. Ini sedang Majlis Keselamatan PBB membuat persediaan untuk mengadakan mesyuarat secara maya di tengah-tengah kecemasan sejagat berhubung konflik yang semakin tegang itu.

Israel menyatakan pada pagi Ahad siri serangan berterusannya sepanjang tempoh 24 jam lalu mengena lebih 90 sasaran di seluruh Gaza di mana kemusnahan sebuah bangunan yang menempatkan pertubuhan media mencetuskan kemarahan antarabangsa.

Sekurang-kurangnya 52 kanak-kanak maut di Gaza, lebih 1,200 orang dilaporkan cedera dan seluruh bangunan serta blok bandar hancur musnah. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan