Skip to main content

Dunia

Pondok di tengah hutan jadi tempat belajar anak Orang Asli di Johor

 Apabila sekolah dibuka semula pada Januari dengan kelas-kelas diadakan dalam talian, para ibu bapa perlu mengambil langkah bagi memastikan anak-anak mereka dapat menjalani sesi pembelajaran dengan selesa.

Anggaran Waktu Membaca:
Pondok di tengah hutan jadi tempat belajar anak Orang Asli di Johor

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 03 Feb 2021 09:34PM Dikemas Kini : 03 Feb 2021 09:39PM

JOHOR BAHRU: Apabila sekolah dibuka semula pada Januari dengan kelas-kelas diadakan dalam talian, para ibu bapa perlu mengambil langkah bagi memastikan anak-anak mereka dapat menjalani sesi pembelajaran dengan selesa.

Bagi sesetengah individu, ini termasuk melakukan perjalanan sejauh 15 kilometer dengan menunggang motosikal di jalan yang sunyi, dikelilingi ladang kelapa sawit yang tebal.

Inilah yang perlu dilalui setiap hari oleh anak-anak Orang Asli dari suku Jakun di Kampung Orang Asli Kemidak, Bekok, Johor.

Related article image

(Gambar-gambar: Malaysiakini)

ISYARAT INTERNET JELAS HANYA DI PONDOK KAYU

Demi menjalani sesi pembelajaran, mereka terpaksa berjalan setiap hari ke sebuah pondok kayu sementara yang dibina di kawasan pembukaan ladang kelapa sawit.

Sekumpulan ibu bapa membina pondok di sana kerana ia adalah satu-satunya tempat di mana anak-anak mereka mendapat isyarat internet yang jelas.

Apabila Malaysiakini melakukan kunjungan ke lokasi itu baru-baru ini, sekitar 20 murid dari Sekolah Kebangsaan Kampung Dukung dan SJKC Bekok ditemani ibu bapa masing-masing sambil menjalani sesi pembelajaran dalam talian.

Related article image
(Gambar: Agensi berita)

Isyarat Internet yang jelas di pondok itu membolehkan para pelajar mengakses aplikasi seperti Google Meet yang diperlukan bagi pembelajaran.

IBU BAPA TEMANI ANAK BELAJAR HINGGA LARUT MALAM

Pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi murid-murid itu seperti keadaan cuaca tidak menentu, gigitan nyamuk dan kemungkinan haiwan liar datang menyerang.

Walaupun begitu, salah seorang penduduk Orang Asli Marina Jita menegaskan anak-anaknya mesti meneruskan pelajaran.

“Saya mahu anak saya pandai, bukan jadi seperti saya, kalau saya pegang sawit, saya mahu lihat anak saya pegang pen di dalam pejabat satu hari nanti, tidak mahu melihat anak saya melepak seperti Orang Asli yang lain,” kata wanita berumur 36 tahun itu.

Related article image

Pelajar UiTM Segamat yang berusia 19 tahun Zarina Ramli mengakui bahawa beliau sukar untuk menumpukan perhatian kepada pelajarannya ketika berada di pondok itu.

"Kebanyakan ingin bertanya dan ia menjadi terhad di dalam talian dan pensyarah sukar untuk kenal pasti soalan.

"Sebelum ini jika tidak faham jumpa berhadapan tanya secara bersemuka lebih faham daripada online," katanya lagi.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita