Skip to main content

Dunia

Pompeo tangguhkan perbincangan dengan pegawai kanan Korea Utara

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo menangguhkan rancangan untuk bertemu dengan para pegawai kanan Korea Utara, termasuk salah seorang pembantu kanan pemimpin Kim Jong Un. Ini menurut Jabatan Negara Amerika pada Selasa (6 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Pompeo tangguhkan perbincangan dengan pegawai kanan Korea Utara

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un. (Gambar: AFP/KCNA VIA KNS)

Diterbitkan : 07 Nov 2018 04:23PM Dikemas Kini : 07 Nov 2018 04:27PM

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo menangguhkan rancangan untuk bertemu dengan para pegawai kanan Korea Utara, termasuk salah seorang pembantu kanan pemimpin Kim Jong Un. Ini menurut Jabatan Negara Amerika pada Selasa (6 Nov).

Perbincangan antara diplomat tertinggi Presiden Donald Trump dengan delegasi dari Korea Utara yang dijadualkan di New York pada Khamis (8 Nov), "kini akan ditangguhkan ke tarikh baru," menurut jurucakap Jabatan Negara Heather Nauert.

"Kami akan berbincang semula apabila jadual masing-masing mengizinkan" tambahnya dalam satu kenyataan.

Pengumuman itu dibuat hanya sehari setelah para pegawai berkata bahahwa Encik Pompeo dan Encik Kim Yong Chol - antara orang kuat pemimpin Korea Utara - akan berbincang tentang kemajuan yang sudah diraih berhubung usaha melucutkan senjata nuklear, sejak sidang puncak bersejarah di Singapura diadakan.

Meskipun Encik Trump memuji pertemuannya dengan Encik Kim Jong Un di Singapura pada Jun, pentadbiran beliau tetap menimbulkan rasa tidak puas hati Pyongyang kerana mengekalkan sekatan-sekatan.

Kementerian Ehwal Luar Korea Utara sudah memberi amaran bahawa Pyongyang akan menimbangkan dengan "serius" untuk mengembalikan program senjata nuklear sekiranya Washington tidak menarik balik sekatan-sekatan ekonomi terhadapnya.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita