Skip to main content

Dunia

Pompeo di Pyongyang bagi dapatkan komitmen nuklear yang konkrit

Rundingan AS dengan Pyongyang bagi pelucutan senjata nuklear diteruskan

Anggaran Waktu Membaca:
Pompeo di Pyongyang bagi dapatkan komitmen nuklear yang konkrit

Gambar fail Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo. (Gambar: Leah Millis/Reuters)

Diterbitkan : 07 Jul 2018 01:37PM Dikemas Kini : 07 Jul 2018 01:39PM

PYONGYANG: Diplomat kanan Amerika Syarikat berdepan dengan proses rundingan yang sangat mencabar dengan rakan sejawatannya dari Korea Utara hari ini (7 Jul). Mereka akan merundingkan lebih lanjut mengenai pelan sementara pelucutan senjata nuklear.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo mengadakan rundingan buat hari kedua dengan Kim Yong Chol, pegawai kanan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

Namun, tidak jelas sekiranya Pompeo akan mengadakan pertemuan dengan Kim Jong Un sendiri, sedang beliau cuba membangunkan satu pelan terperinci bermatlamat mencapai "pelucutan senjata nuklear sepenuhnya" di semenanjung Korea, seperti yang dipersetujui oleh Kim dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, bulan lalu.

Bulan lalu, Kim dan Trump mengadakan satu pertemuan di Singapura dan menandatangani satu kenyataan bersama yang bersejarah untuk "berusaha mencapai proses pelucutan senjata nuklear sepenuhnya di semenanjung Korea". Sebagai pertukaran, Amerika Syarikat akan memastikan "jaminan keselamatan" serta keamanan berpanjangan. 

Sumber : AFP/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita