Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Politik Sabah masih terkawal, kata PM Anwar Ibrahim

Anggaran Waktu Membaca:
PETALING JAYA: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim memberi gambaran bahawa keadaan politik di Sabah masih tenang buat sementara ini di sebalik beberapa perkembangan yang berlaku pada Jumaat (6 Jan).
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, beliau sudah menghubungi beberapa pimpinan utama parti di negeri tersebut untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung isu tersebut.

"Saya dah cakap dengan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor dan saya difahamkan Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMNO) sudah bercakap dengan Bung Moktar Radin (Pengerusi UMNO negeri) dan keadaan terkawal untuk seketika."

"Dan insya-Allah kita dapat pastikan keadaan pengurusan kerajaan negeri tidak terjejas kerana keutamaan kita jana ekonomi dan jaga kepentingan rakyat," katanya, lapor agensi berita Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas selesai mempengerusikan Majlis Presiden PH di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu (7 Jan).

Agensi berita Sinar Harian turut melaporkan bahawa Encik Hajiji dilihat memasuki Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah dipercayai untuk menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada petang Sabtu.

Bagaimanapun tidak diketahui secara terperinci mengenai tujuan pertemuan itu.

Pada malam Jumaat, UMNO dan BN Sabah mengumumkan mereka menarik balik sokongan terhadap Encik Hajiji sebagai ketua menteri.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan