Politik Islam: Pendakwah di Malaysia, Indonesia dengan ramai pengikut di media sosial kian lantang bersuara
Anggaran Waktu Membaca:
Ustaz Haikal Hassan (kiri) dari Indonesia dan Ustaz Azhar Idrus dari Malaysia. (Gambar: Danang Wisanggeni, Zamzahuri Abas/CNA)
KUALA TERENGGANU/JAKARTA: Dengan gayanya yang bersahaja dalam menyampaikan ceramah dalam loghat Terengganu yang 'pekat', pendakwah agama Malaysia Ustaz Azhar Idrus semakin popular dalam kalangan Muslim di Asia Tenggara.
Beliau bahkan, mempunyai lebih 1.7 juta pengikut di media sosialnya termasuk Facebook, Instagram dan TikTok. Beliau berpengetahuan dalam hukum Islam dan lazim memberi nasihat mengenai topik agama yang berbeza termasuk kewangan, akhlak dan juga hubungan suami isteri.
Namun, terdapat segelintir yang menuduh Ustaz Azhar beberapa kali bersikap politik dalam penyampaiannya. Mereka merasakan campur aduk antara politik dengan agama tidak seharusnya dibenarkan, terutama sekali kerana sebahagian besar hadirinnya adalah belia yang mudah terpengaruh.

Di Indonesia pula, pendakwah yang berpangkalan di Jakarta Haikal Hassan jauh lebih lantang dalam menyuarakan pandangan politiknya, tidak seperti Ustaz Azhar.
Ustaz Haikal, yang telah menggunakan media sosial untuk mendakwah nilai-nilai Islam sejak 15 tahun lalu, menarik lebih dua juta pengikut di Instagram. Akaun sebelumnya dengan kira-kira 6.7 juta pengikut telahpun ditutup.
Sejak kebelakangan ini, hantaran di media sosialnya bagaimanapun kurang menyentuh mengenai ajaran agama dan lebih cenderung terhadap perkembangan politik di negara ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu. Ini memandangkan Indonesia baru sahaja mengadakan pilihan raya terbaharunya pada 14 Feb lalu. Malah, ia tidak sukar untuk meneka calon presiden pilihan Ustaz Haikal.
Ia adalah Menteri Pertahanan Prabowo Subianto, yang telah diisytiharkan sebagai pemenang pilihan raya tersebut oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) negara itu.
Kemunculan pendakwah sedemikian yang celik media sosial dan tidak gentar untuk menyuarakan pandangan politik mereka nampaknya kian bertambah. Ini sebagai respons kepada harapan yang kian meningkat terhadap mereka untuk lebih lantang bersuara mengenai isu-isu tertentu.

Menurut kajian yang dikeluarkan oleh badan pemikir Amerika, Pusat Penyelidikan Pew pada 2023, kira-kira enam daripada 10 responden yang ditinjau di Malaysia dan Indonesia berkata pemimpin agama harus bertutur secara terbuka mengenai parti politik atau ahli politik yang mereka sokong, dengan kira-kira separuh bahkan mengatakan mereka harus memasuki gelanggang politik.
Tambahan pula, lebih separuh daripada responden di Malaysia dan Indonesia percaya bahawa pendakwah agama seharusnya mengambil bahagian dalam bantahan politik, lebih sedikit daripada 50 peratus responden di Kemboja dan 18 hingga 29 peratus responden di Singapura, Sri Lanka dan Thailand.
Kajian tersebut dijalankan ke atas 13,122 responden dewasa di enam negara Asia antara Jun dan September 2022.
Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim, ketua penyelidik kumpulan pemikir Ilham Centre, memberitahu Mediacorp bahawa ramai belia Islam di rantau ini mungkin ingin pendakwah yang mereka ikuti untuk menyentuh tentang politik atau terlibat secara langsung dalam politik kerana ia adalah bidang di mana mereka kurang pengetahuan.
PENDAKWAH YANG PUNYAI HUBUNGAN RAPAT DENGAN PARTI ISLAM
Di Malaysia, Ustaz Azhar telah dituduh oleh beberapa media tempatan sebagai pro-Parti Islam Se-Malaysia (PAS), parti sayap kanan konservatif yang mempunyai asas penyokong kuat di kawasan pendalaman Melayu.
PAS kini berada di pihak pembangkang dalam kerajaan persekutuan, sebagai sebahagian daripada gabungan Perikatan Nasional.
Apabila ditemui Mediacorp semasa satu ceramah di sebuah masjid di Kuala Terengganu, Ustaz Azhar - yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan negeri Terengganu yang dipimpin PAS - menolak dakwaan bahawa kandungan agamanya dilencongkan untuk dimanfaatkan mana-mana parti politik.

SEBAR PENGETAHUAN MENERUSI JENAKA
Salah seorang daripada peminat Ustaz Azhar adalah Cik Aisya Johari, seorang seorang ahli perniagaan dari Ipoh yang menetap di Kuala Terengganu selama tiga bulan kerana mahu "meningkatkan pengetahuan Islam(nya)" dengan mengikuti pendakwah itu dalam siri ceramahnya.

Ibu kepada anak perempuan berusia dua tahun itu berkata pengorbanan tersebut berbaloi memandangkan dia dapat belajar daripada "salah seorang pendakwah paling berpengetahuan di negara itu".
Cik Aisya, yang berusia dalam lingkungan 30-an tahun, berkata: "Ceramah Ustaz Azhar Idrus mudah diakses oleh belia. Saya telah mengikutinya sejak saya masih muda lagi; bersama beliau, sangat mudah bagi belia untuk memahami konsep yang sukar.
"Ulama lain nampak begitu serius, kan? Tetapi Ustaz Azhar Idrus menyampaikan ilmu kepada anak muda dengan cara mudah, bercampur dengan beberapa gurauan tetapi mesejnya jelas dan berkesan," ujarnya.
Menurut Ustaz Azhar, beliau menyuntik unsur jenaka dalam ceramahnya supaya dapat mengekalkan perhatian para pengikut agar ilmu yang dikongsinya dapat difahami.
PENDAKWAH INDONESIA MANFAAT KUASA MEDIA SOSIAL
Pilihan raya di Indonesia baru-baru ini adalah satu cara untuk Ustaz Haikal Hassan berkongsi dengan pengikutnya kecenderungan politiknya, meskipun beliau memberitahu Mediacorp bahawa beliau pada mulanya tidak berniat menggunakan media sosial untuk berdakwah mengenai politik.
"Pada mulanya, kandungan media sosial saya (hanya dalam bentuk) motivasi, dan kemudian saya berkembang untuk berdakwah," jelasnya, sambil menambah bahawa beliau "tidak mempunyai pilihan" selain terlibat dalam politik terutama semasa pilihan raya presiden dan perundangan bulan lalu.
Ustaz Haikal merebut peluang itu untuk mempamerkan sokongannya kepada Menteri Pertahanan Prabowo Subianto, yang memenangi pilihan raya presiden pada percubaan ketiganya.
Para pengamat sebelum ini menarik perhatian bahawa politik identiti menjejas pilihan raya presiden dan perundangan 2019 dan pilihan raya gabenor Jakarta 2017.
Dengan Encik Prabowo bakal menjadi presiden Indonesia yang seterusnya, Ustaz Haikal menekankan beliau akan mengkritik bakal presiden itu sekiranya Encik Prabowo melakukan "sesuatu yang buruk" dan tidak sejajar dengan ajaran Islam.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.