Polis Vietnam tumpaskan kumpulan judi Piala Dunia bernilai AS$133 juta
Anggaran Waktu Membaca:
Polis Vietnam berkas 85 orang yang dikaitkan dengan sindiket judi bernilai AS$133 juta. (Gambar: Facebook/Ho Chi Minh City Police)
HANOI: Polis Vietnam pada Selasa (7 Jul) menyatakan pihaknya menahan 85 orang yang dikaitkan dengan dua kumpulan perjudian "berskala luar biasa besar" bernilai keseluruhan AS$133 juta (S$172 juta), sedang pemerintah memperhebat tindakan membanteras perjudian haram semasa musim Piala Dunia.
Perjudian online dilarang di negara komunis itu, namun operasi haram yang menguntungkan tetap berleluasa sehingga mencetuskan tindakan penguatkuasaan berkala, terutamanya semasa acara sukan antarabangsa berlangsung.
Serbuan pada lewat bulan Jun itu menyasarkan dua kumpulan yang mempunyai "skala operasi yang luar biasa besar" serta "tahap hierarki yang tinggi dan kawalan yang ketat", menurut kenyataan polis di Bandar Raya Ho Chi Minh.
Sejak Oktober lalu, kumpulan-kumpulan tersebut dianggarkan mencatatkan urus niaga haram berjumlah AS$133 juta, jelas kenyataan itu lagi.
Ketua-ketua kumpulan itu mengaku menerima "akaun pertaruhan peringkat induk daripada para individu di Kemboja ... lalu membahagikan akaun-akaun ini kepada banyak akaun ejen dan ahli untuk diedarkan kepada penjudi" secara online, tambahnya.
Kementerian Keselamatan Awam Vietnam minggu lalu menyatakan polis menumpaskan 73 operasi perjudian di seluruh negara, serta menahan 346 suspek yang terlibat dalam perjudian haram dan pertaruhan bola sepak sepanjang 20 hari pertama Piala Dunia berlangsung.
"Wang urus niaga dalam kes-kes ini berjumlah ribuan bilion dong (ratusan juta dolar)," kata Kolonel Bui Tuan Anh daripada kementerian keselamatan awam Vietnam.
Kanada, Mexico, dan Amerika Syarikat menjadi tuan rumah bagi perlawanan Piala Dunia tahun ini, dengan perlawanan akhir dijadualkan pada 19 Julai.

Sumber : AFP/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.