Polis UK tumpas rangkaian penipuan antarabangsa
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: REUTERS
LONDON: Polis Britain pada Khamis (24 Nov) menyatakan pihaknya berjaya menumpaskan satu rangkaian jenayah penipuan antarabangsa yang menyasarkan ratusan ribu mangsa menerusi jutaan panggilan telefon.
Menurutnya, ia mencapai kejayaan itu menerusi operasi terbesar antipenipuan yang dilakukannya sejak 18 bulan lalu.
Ia melibatkan siasatan global ke atas laman web iSpoof.cc.
Sejak beberapa minggu lalu, lebih 100 orang ditangkap di beberapa negara.
Mereka yang ditangkap termasuk pentadbir laman itu yang berpangkalan di London.
Dalam operasinya itu, polis Britain mendapatkan kerjasama dari Polis Eropah (Europol), Biro Siasatan Federal Amerika Syarikat (FBI) serta badan-badan penguatkuasaan yang lain di merata dunia. Suspek ditangkap di negeri Belanda, Perancis dan Ireland manakala beberapa 'server' ditutup di neegri Belanda dan Ukraine.
Polis UK percaya kumpulan jenayah terancang dikaitkan dengan laman web dan puluhan ribu penggunanya, yang boleh mengakses sofwe untuk membantu secara haram mendapatkan dana akaun bank mangsa dan melakukan penipuan lain.
Suspek membuat bayaran untuk mengakses laman web itu dan membuat lebih 10 juta panggilan palsu di seluruh dunia.
Kira-kira 40 peratus panggilan dilakukan di Amerika Syarikat, manakala lebih satu pertiga di UK menyasarkan 200,000 mangsa.
Agensi pengesanan penipuan setakat ini telah mengenal pasti kerugian berjumlah £48 juta (S$79.7 juta) di UK sahaja, dengan kecurian terbesar berjumlah £3 juta (S$3.3 juta) dan purata £10,000 (S$16,610)..
Sejauh ini sekitar 5,000 rakyat Britain menjadi dikenal pasti menjadi mangsa penipuan itu.

Sumber : Agensi berita/MU/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.