Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis UK kenal pasti kesalahan berkaitan insiden di Konsulat China

Anggaran Waktu Membaca:
Polis UK kenal pasti kesalahan berkaitan insiden di Konsulat China

(Gambar: Matthew LEUNG / THE CHASER NEWS / AFP)

Diterbitkan : 22 Nov 2022 09:05AM Dikemas Kini : 22 Nov 2022 09:05AM
LONDON: Polis Britain menyatakan pihaknya mengenal pasti beberapa kesalahan yang dilakukan semasa satu insiden yang berlaku di Konsulat China di utara England bulan lalu.

Seorang lelaki yang sedang melakukan bantahan di luar bangunan, dikatakan diheret ke dalam pekarangan konsulat China itu dan dipukul.
Bob Chan, yang berasal dari Hong Kong, berkata dia sedang mengambil bahagian dalam satu tunjuk perasaan menentang Presiden China, Xi Jinping di luar konsulat tersebut di Manchester, utara England, apabila sekumpulan lelaki yang memakai pelitup mengheretnya ke dalam pekarangan konsulat. Chan kemudian ditendang dan dipukul.
Konsul Jeneral Zheng Xiyuan sebaliknya berkata kakitangan kedutaan itu termasuk dirinya sendiri, sedang mempertahankan diri mereka semasa insiden tersebut, selepas sekumpulan penunjuk perasaan menyerbu kawasan itu dalam satu serangan 'tanpa provokasi kedutaan'.

Polis Manchester berkata mereka sudah mengumpulkan bukti daripada rakaman telefon bimbit dan beberapa saksi untuk menentukan sepenuhnya keadaan semasa insiden berkenaan berlaku.

Buat masa ini, tiada tangkapan dibuat namun polis sudah "mengenal pasti beberapa kesalahan termasuk menyerang dan mengganggu ketenteraman awam melanggar arahan awam".

Chan, yang berusia dalam lingkungan 30-an tahun, berkata dia mengalami luka di muka dan seluruh bahagian belakang tubuhnya.

Sementara itu, insiden tersebut mencetuskan satu lagi ketegangan diplomatik antara Britain dan China.

Minggu lalu, ketua perisikan dalam negeri Britain berkata sebarang tindakan ugutan dan gangguan terhadap warga Britain atau mereka yang tinggal di Britain tidak akan diterima.
Sumber : Reuters/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa