Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis UAE agih juadah buka puasa kepada pemandu; cegah pandu laju untuk pulang berbuka bersama keluarga

Setiap kali hadir Ramadan, pandangan kita pasti tidak akan terlepas kepada beberapa aktiviti yang lazimnya hanya dilihat pada bulan penuh kemuliaan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis UAE agih juadah buka puasa kepada pemandu; cegah pandu laju untuk pulang berbuka bersama keluarga

(Gambar: Twitter/MiraAlmansoorii)

DUBAI: Setiap kali hadir Ramadan, pandangan kita pasti tidak akan terlepas kepada beberapa aktiviti yang lazimnya hanya dilihat pada bulan penuh kemuliaan itu.

Sebagai contoh, Bazar Ramadan, agihan bubur lambuk atau makanan di jalan raya dan banyak lagi, hanya boleh dilihat pada bulan ini.

Sebenarnya ‘pemandangan’ sebegitu bukan hanya boleh dilihat di Malaysia tapi di banyak negara lain juga.

Seperti di Amiriah Arab Bersatu (UAE), lebih 30,000 juadah berbuka puasa diagihkan kepada para pemandu di jalan raya sekitar Abu Dhabi dan Al Ain sejak awal Ramadan.

Secara purata, sebanyak 7,000 pek makanan diagihkan setiap hari.

Pengagihan kotak tersebut yang mengandungi makanan dan minuman merupakan sebahagian daripada inisiatif “Feed and Reap Ramadan” yang dilaksanakan oleh Polis Abu Dhabi dan Absher Ya Watan.

Mereka memilih jalan yang paling sibuk di kedua-dua kawasan itu dengan sukarelawan ditempatkan di sana untuk mengagihkan makanan.

Khaleej Times melaporkan, polis dalam kenyataannya turut mendedahkan bahawa inisiatif itu bertujuan untuk menyediakan juadah berbuka puasa buat pemandu yang tidak sempat sampai ke rumah ketika azan Maghrib.

Menurutnya lagi, pengagihan pek makanan itu juga sekali gus berupaya mengelakkan mereka daripada memandu laju kerana ingin cepat sampai ke rumah untuk berbuka bersama keluarga.

“Inisiatif itu bukan sahaja mencerminkan semangat bulan mulia tetapi ia juga membantu mengelakkan kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh memandu laju,” menurut kenyataan tersebut.

Ketua Pasukan Sukarelawan Absher Ya Watan, Somaya Mubarak Al Kathiri berkata inisiatif tersebut memberi manfaat kepada masyarakat dan meningkatkan konsep kebahagiaan, kerjasama dan memberi untuk mengekalkan nilai kemanusiaan.

“Kesukarelawanan adalah tugas negara dan tanggungjawab moral masyarakat,” katanya.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan