Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Trafik M'sia tawar potongan 50% bayar saman secara online

Orang ramai boleh menikmati diskaun saman sehingga 50 peratus apabila polis melancarkan kempen pembayaran saman secara online (e-Payment) selama lima hari bermula Rabu ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Trafik M'sia tawar potongan 50% bayar saman secara online

Gambar hiasan jalan raya di Malaysia. (Gambar: AFP/Jimin Lai)

Diterbitkan : 23 Mar 2020 10:41PM Dikemas Kini : 23 Mar 2020 10:45PM

KUALA LUMPUR: Orang ramai boleh menikmati diskaun saman sehingga 50 peratus apabila polis melancarkan kempen pembayaran saman secara online (e-Payment) selama lima hari bermula Rabu ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata kempen itu dilaksanakan sempena Hari Polis ke- 213 dan diskaun diberikan untuk saman-saman tertentu sahaja.

“Kempen ini bertujuan menggalakkan orang ramai membayar saman secara e-Payment berikutan penutupan kaunter bayaran saman di Ibu Pejabat Polis seluruh negara sejak 18 Mac lepas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (23 Mac).

Beliau berkata ini juga merupakan langkah JSPT bagi mengalakkan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

“Ini juga sebagai langkah meringankan beban yang ditanggung oleh masyarakat,” katanya.

Sumber : Bernama/TQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan