Polis trafik JB minta wang daripada warga S'pura ditukar tugas
Anggaran Waktu Membaca:

Lambang Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)
JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis trafik ditukarkan tugas serta-merta dan kini dalam siasatan Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Kontinjen Johor selepas didakwa terbabit dalam pemerasan terhadap warga Singapura pada 29 September lalu.
Kejadian itu dipercayai berlaku di jalan raya berhampiran Tambak Johor, kira-kira jam 4 petang, lapor agensi berita BH Online.
Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya mengesahkan kejadian pemerasan terhadap warga Singapura oleh anggota polis trafik terbabit.
"Kes ini juga sedang disiasat oleh JIPS untuk tindakan lanjut, termasuk siasatan daripada aspek penyeliaan."
"Polis Johor memandang serius perkara ini yang boleh mencemarkan nama baik dan reputasi serta imej pasukan polis."
"Siasatan dijalankan dan hukuman yang boleh dikenakan bermula daripada tugasan memenatkan sehingga boleh ditamatkan perkhidmatan dalam pasukan jika didapati bersalah," katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu (8 Okt), menurut BH Online.
Encik Kamarul Zaman berkata, polis Johor sama sekali tidak akan bertoleransi atau berkompromi dengan mana-mana perbuatan oleh pegawai dan anggota yang menyalahi undang-undang serta etika sebagai penjawat awam.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.