Polis Timur Laut buka siasatan dakwaan hina Nabi Muhammad di Facebook
Polis Daerah Timur Laut hari ini (23 Jul) membuka satu kertas siasatan menyusuli 11 aduan polis yang diterima di sini berhubung dakwaan menghina Nabi Muhammad dalam satu akaun facebook menggunakan nama seorang wanita.
Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)
GEORGE TOWN: Polis Daerah Timur Laut hari ini (23 Jul) membuka satu kertas siasatan menyusuli 11 aduan polis yang diterima di sini berhubung dakwaan menghina Nabi Muhammad dalam satu akaun facebook menggunakan nama seorang wanita.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang hari ini (23 Jul)berkata aduan-aduan polis yang diterima sejak semalam itu meminta supaya tindakan tegas diambil terhadap pemilik akaun facebook tersebut untuk menjaga ketenteraman awam.
“Siasatan awal mendapati pengguna facebook yang menggunakan nama Wendy Loong memuat naik satu gambar yang dikatakan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad,” katanya.
Menurutnya akaun itu gagal dikesan dan dipercayai sudah dipadamkan namun polis akan meneruskan usaha untuk mengesan pemiliknya.
“Kes ini disiasat menurut Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.