Polis Thailand nafi dakwaan lelaki M'sia diculik di Songkhla
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: iStock)
BANGKOK: Polis Thailand pada Jumaat (28 Okt) menafikan dakwaan penculikan seorang ahli perniagaan Malaysia di Songkhla baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Pelancong dan jurucakap Mejar Jeneral Apichart Suriboonya berkata lelaki berusia 46 tahun itu sebenarnya melarikan diri daripada polis selepas ditahan kerana menghisap baraku di tepi jalan di Sadao pada 19 Okt.
Merokok baraku (juga dikenali sebagai hookah) dilarang di Thailand dan lelaki itu ditahan hasil maklumat awam.
"Siasatan mendapati pegawai polis imigresen dan pelancong telah mengarahkan lelaki itu pergi ke Pusat Khidmat Pelancong untuk siasatan lanjut. Namun dia tidak mahu memberi kerjasama mahupun menunjukkan dokumen perjalanannya kepada pegawai kami."
"Lelaki itu kemudian bersetuju untuk menaiki trak pikap polis untuk ke Pusat Khidmat Pelancong," katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, Apichart berkata lelaki itu melompat dari trak ketika kenderaan polis berkenaan membelok dan dua hari kemudian pada 21 Oktober dia meninggalkan Thailand. Lelaki itu masuk semula ke negara itu pada 24 Oktober dan membuat aduan mendakwa dia diculik.
Sebaik polis mengetahui lelaki itu kembali ke Thailand, Apichart berkata polis pelancong Songkhla menyerahkan semua bukti kepada detektif di balai polis Sadao untuk pendakwaan.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.