Polis Thailand kerah 126,000 anggota bagi keselamatan pilihan raya
Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Lebih 126,000 anggota polis akan dikerahkan ke seluruh negara bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam semasa pilihan raya umum Thailand pada Ahad (8 Feb), menurut jurucakap polis.
Penolong Ketua Polis Negara Leftenan Jeneral Polis Yingyot Thepchamnong berkata pihak polis bimbang tentang kemungkinan pelanggaran undang-undang dan tindakan keganasan, terutamanya di beberapa kawasan berisiko tinggi.
"Langkah-langkah ketat telah dilaksanakan untuk menguruskan keselamatan, ketenteraman awam, memudahkan aliran trafik dan penguatkuasaan undang-undang mengikut pelan keselamatan pilihan raya dan ketenteraman awam Polis Diraja Thailand," menurut beliau dalam kenyataannya pada Khamis (5 Feb).
Awal dari itu, Ketua Polis Negara Jeneral Polis Kitrat Phanphet mempengerusikan mesyuarat untuk menyemak persediaan keselamatan dan ketenteraman awam bagi pilihan raya yang akan datang.
Dalam mesyuarat berkenaan, Encik Kitrat mengarahkan semua unit polis agar memastikan tahap keselamatan maksimum di pusat mengundi serta bagi orang ramai, selain mengarahkan pegawai pemerintah menjaga kebajikan dan moral anggota serta memastikan pegawai memahami undang-undang dan prosedur berkaitan.
"Semua anggota polis juga diingatkan supaya mengekalkan sikap berkecuali dalam politik," kata Encik Yingyot.
Pusat Operasi Keselamatan Pilihan Raya dan Ketenteraman Awam Polis Diraja Thailand akan beroperasi dari 13 Januari hingga 12 Februari untuk memantau keselamatan bagi semua kegiatan berkaitan pilihan raya di seluruh negara sehingga selesai pilihan raya dan referendum perlembagaan.
"Penekanan telah diberikan kepada operasi sebelum dan pada hari pengundian, termasuk langkah-langkah untuk mencegah pembelian undi, penjualan minuman beralkohol, dan pengangkutan peti undi," katanya.
Pada Ahad, pengundi akan memilih kesemua 500 ahli Dewan Perwakilan bagi tempoh empat tahun akan datang, bersama-sama referendum perlembagaan untuk mengukur sokongan awam terhadap penggubalan perlembagaan baharu.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (EC), 521 pusat mengundi ditubuhkan untuk pengundian dalam kawasan pilihan raya, 524 untuk pengundian luar kawasan, dan 22 pusat khas untuk pengundi warga emas dan orang kurang upaya.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.