Polis Thai tahan remaja bersenjata berusia 14 tahun susuli insiden tembakan di pusat beli-belah Siam Paragon
Gambar: Twitter/Dweii_ii
BANGKOK: Polis Thailand menahan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang disyaki bersenjata selepas kejadian tembakan di pusat beli-belah Siam Paragon di Bangkok pada Selasa (3 Okt).
Tiga orang dilaporkan terkorban manakala sekurang-kurangnya tiga yang lain cedera, menurut perkhidmatan kecemasan.
Jabatan Detektif Polis Metropolitan berkata di Facebook, seorang lelaki berusia 14 tahun disyaki bersenjata ditahan dan sedang disoal siasat berhubung kejadian di pusat beli-belah Siam Paragon.
Perkhidmatan kecemasan berkongsi imej seorang pegawai polis menahan dan menggari seorang individu dalam keadaan terlentang di atas lantai.
Berita kejadian itu mula tular di media sosial apabila ada pengguna pengguna berkongsi rakaman beratus-ratus orang melarikan diri keluar dari Siam Paragon, salah satu destinasi beli-belah utama di ibu kota Thailand. Pusat beli-belah itu sangat dikenali dalam kalangan para pelancong dan warga tempatan.
Semua laluan keluar masuk pusat beli-belah itu ditutup berikutan kejadian tembakan tersebut. Beberapa pengunjung juga berkata mereka terdengar bunyi tembakan.
Di Stesen BTS Siam pula, penutup diturunkan sekitar pukul 5.25 petang.
Insiden tembakan tersebut berlaku selang beberapa hari setelah ulang tahun salah satu hari paling berdarah dalam sejarah Thai baru-baru ini, apabila seorang bekas pegawai polis yang bersenjatakan sebilah pisau dan selaras pistol menyerang sebuah tajaka, sekali gus membunuh 24 kanak-kanak dan 12 orang dewasa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.