Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Thai rampas dadah ´ice' bernilai RM50 juta untuk diseludup ke M'sia

Polis Thai menggagalkan cubaan menyeludup masuk satu tan dadah ‘ice’ bernilai RM50 juta (S$16 juta) ke Malaysia, menurut Biro Penumpasan Narkotik (NSB) Thailand hari ini (13 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Thai rampas dadah ´ice' bernilai RM50 juta untuk diseludup ke M'sia

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 13 Nov 2019 10:38PM Dikemas Kini : 13 Nov 2019 10:42PM

BANGKOK: Polis Thai menggagalkan cubaan menyeludup masuk satu tan dadah ‘ice’ bernilai RM50 juta (S$16 juta) ke Malaysia, menurut Biro Penumpasan Narkotik (NSB) Thailand hari ini (13 Nov).

Timbalan Ketua NSB, Lt Jen Pornchai Charoenwong berkata tiga suspek - dua warga tempatan berusia 21 dan 22 tahun dan Myanmar, 35 tahun, ditangkap pada 4.30 pagi (waktu tempatan) di wilayah Phichit, kira-kira 330 kilometer dari Bangkok pada 10 November.

Bertindak atas maklumat, beliau berkata polis menghentikan trak pikap yang dipandu salah seorang suspek dan selepas pemeriksaan, pegawai polis menjumpai 'ais' dalam beratus-ratus paket teh Cina yang dibungkus dalam beg plastik di dalam kenderaan itu.

"Dadah itu dipercayai diseludup dari negara jiran ke Chiang Rai, utara Thailand dan disimpan dalam sebuah gudang di daerah Bang Pa-in di Ayutthaya. Kemudian dadah itu sepatutnya dibawa ke selatan Thailand sebelum diseludup masuk ke Malaysia.

“Kami percaya Malaysia dijadikan transit sebelum dadah itu dihantar ke negara lain,” katanya dalam satu sidang media di sini.

Lt Jen Pornchai berkata suspek mendakwa dijanjikan upah 100,000 baht (S$4,500) setiap orang untuk menyeludup dadah itu.

Beliau menambah bahawa pihak polis sedang memburu dua lagi suspek, dipercayai dalang sindiket dadah itu.

"Mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap tidak lama lagi," kata Lt Jen Pornchai.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan