Polis Texas akui kesilapan; terima 8 panggilan bantuan semasa serangan Sekolah Rendah Robb

Gambar: CHANDAN KHANNA / AFP
UVALDE: Seorang pegawai kanan keselamatan Texas mengakui, pihak polis membuat kesilapan dengan menunggu hampir sejam sebelum menyerbu sebuah bilik darjah di mana 19 kanak-kanak dan dua guru dibunuh oleh seorang lelaki bersenjata.
Ini menyusuli tragedi serangan bersenjata di bandar Uvalde, Texas.
BACA:
Sekurang-kurangnya lapan panggilan dibuat dari bilik darjah berkenaan antara 12.03 hingga 12.50 tengah hari pada hari kejadian (24 Mei).
Ramai daripada mereka yang buat panggilan minta bantuan adalah kanak-kanak.
Di luar sekolah pula, ibu bapa mendesak pihak polis agar menyerbu sekolah rendah itu semasa serangan tersebut.
Namun ada yang dihalang oleh para pegawai polis.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.