Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis terima laporan harimau dikesan di estet perumahan KL

Anggaran Waktu Membaca:
Polis terima laporan harimau dikesan di estet perumahan KL

Gambar hiasan. (Gambar: Naples Zoo at Caribbean Gardens/AFP)

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan orang awam yang mendakwa terserempak dengan seekor harimau di kawasan perumahan Kemensah Heights di Kuala Lumpur pada tengah hari Jumaat (20 Mei).

Demikian menurut laporan Astro AWANI. 

Ketua Polis Ampang Jaya, Penolong Pesuruhjaya Mohamad Farouk Eshak ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan, saksi membuat aduan tersebut di Balai Polis Melawati pada jam 12.40 tengah hari (20 Mei). 

“Sehubungan itu, pihak polis sudahpun menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor untuk membantu usaha mengesan harimau tersebut.

“Jam 4 petang tadi, pihak Perhilitan Selangor yang sampai ke tempat kejadian dan sudah berusaha menjejak harimau terbabit, tetapi tidak berjaya, memandangkan maklumat diperolehi tidak begitu jelas.

“Pihak Perhilitan juga tidak menemui sebarang jejak ataupun kesan tapak kaki haiwan liar tersebut,” jelas Encik Farouk.

Bagaimanapun, katanya Perhilitan masih lagi berada di tempat kejadian dalam usaha mengesan harimau terbabit, lapor Astro AWANI. 

Mengulas dakwaan harimau tersebut terlepas Zoo Negara, Encik Farouk menegaskan tiada laporan harimau terlepas dari premis tersebut.

Beliau juga menggesa agar orang ramai yang terserempak atau mempunyai sebarang maklumat agar tampil untuk memberikan kerjasama.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan