Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis terima 305 aduan dari mangsa ribut, puting beliung di Ipoh

Anggaran Waktu Membaca:

IPOH: Polis menasihatkan mangsa kejadian ribut dan puting beliung Ahad lalu (30 Jan) yang masih belum membuat aduan polis supaya segera berbuat demikian di balai polis berhampiran bagi memudahkan mereka membuat tuntutan dan mendapatkan bantuan kerajaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata setakat ini, pihaknya sudahpun menerima 305 aduan daripada mangsa kejadian itu.

Tambahnya lagi, setakat ini, tiada kecurian harta benda dilaporkan dan pasukan keselamatan berjaya mengawal keadaan dengan rondaan termasuk oleh kereta peronda polis (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal di lokasi-lokasi terjejas, malah anggota di balai turut ditugaskan di lokasi berkenaan dari semasa ke semasa.

Polis turut membuat kawalan bagi mengelak kejadian curi besi dan zink rumah yang dialihkan angin ribut dan puting beliung oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan mencuri barang-barang yang mempunyai nilai di kawasan berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Program Penyampaian Sumbangan Skuad Musa'adah Keluarga Malaysia Agensi di Bawah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada mangsa ribut dan puting beliung di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Tawas di Ipoh pada Rabu (2 Feb). 

Beratus-ratus rumah di beberapa kawasan seperti Taman Desa Seri Chepor, Kampung Tawas, Taman Tasek Damai dan Kampung Seri Klebang Tambahan Jaya di Ipoh didapati terkesan dengan kejadian ribut dan puting beliung pada kira-kira 6.00 petang.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan