Polis Terengganu tahan 12 penuntut universiti disyaki pukul pelajar bergilir-gilir
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar hiasan: iStock)
KUALA TERENGGANU: Polis menahan 12 penuntut sebuah universiti awam bagi membantu siasatan kes seorang pelajar lelaki yang dipukul secara bergilir-gilir hingga cedera.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Supt Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata kesemua lelaki berusia 20 hingga 22 tahun itu ditahan selepas pihaknya bertindak atas laporan daripada seorang bapa yang mendakwa anaknya berumur 20 tahun telah dipukul di kolej kediaman pelajar di universiti itu antara 1.00 hingga 5.00 pagi Ahad lalu.
“Kejadian dimaklumkan oleh mangsa kepada pengadu (bapa) melalui telefon pada 10.50 malam (Ahad) semasa pengadu berada di rumahnya di Melaka. Mangsa turut menghantar beberapa gambar yang menunjukkan kecederaan dialami di beberapa bahagian anggota badan.
“Pengadu kemudian tiba di Kuala Terengganu pada 16 Disember (Isnin) dan terus membawa anaknya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan di unit kecemasan, sebelum mangsa dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini (18 Dis).
Supt Wan Mohd Zaki berkata pegawai perubatan mengesahkan terdapat kesan lebam dan kecederaan dalaman akibat dipukul dengan objek tumpul pada lengan kiri dan kanan, pinggang sebelah kanan, dada, bahagian perut dan kaki kanan mangsa.
Beliau berkata senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dirampas manakala kesemua penuntut itu direman hingga Sabtu untuk siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Sumber : Bernama/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.