Skip to main content

Dunia

Polis Terengganu larang penyokong rai kemenangan parti di jalan awam

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Terengganu larang penyokong rai kemenangan parti di jalan awam

Gambar: Bernama

Diterbitkan : 19 Nov 2022 10:13AM
KUALA TERENGGANU: Semua penyokong parti diingatkan agar tidak terlibat dalam sebarang  perarakan bagi meraikan kemenangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terutama di jalan-jalan awam.

Ketua Urusetia Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Polis Terengganu Supt Mohd Aluwi Husain berkata sebarang aktiviti seumpama itu  tidak dibenarkan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini yang  boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Beliau berkata pasukan polis bersiap sedia mengawal keadaan dan orang ramai digesa mematuhi segala peraturan dan undang-undang ditetapkan.

"Polis Kontinjen Terengganu berharap proses PRU15 yang kini berjalan dengan aman dapat dikekalkan sehingga keputusan diketahui.

"Justeru, kerjasama semua pihak amat diperlukan sehingga kerajaan dibentuk. Jangan timbulkan provokasi atau kekacauan bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya.
 
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita