Polis tembak wanita buat ancaman di kereta api Paris
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Geoffroy Van der Hasselt)
PARIS: Polis Perancis pada Selasa (31 Okt) menembak seorang wanita tidak bersenjata sehingga cedera parah.
Wanita tersebut dilaporkan membuat ancaman di sebuah stesen kereta api di Paris, pada waktu pagi yang sibuk, polis dan pendakwa memberitahu AFP.
Menurut saksi, wanita itu, yang berpakaian tertutup sepenuhnya melaungkan "Allahu Akbar" dan "membuat ancaman", dedah satu sumber polis. Ia menambah bahawa "polis melepaskan tembakan kerana mereka bimbang akan keselamatan mereka".
Selepas penumpang di dalam kereta api luar bandar itu memaklumkan kepada polis, pihak berkuasa berjaya "mengasingkan" wanita tersebut di stesen Bibliotheque Francois Mitterrand, di tebing selatan ibu negara itu yang dikosongkan, dedah sumber tersebut.
Wanita itu "enggan mematuhi arahan polis" dan mengancam "untuk meletupkan dirinya", tambah pejabat pendakwa Paris.
Seorang anggota polis melepaskan tembakan, menyebabkan kecederaan mengancam nyawa pada bahagian perut wanita berkenaan.
Tiada alat letupan atau senjata lain ditemui pada wanita tersebut, tambah sumber polis.
Polis sudah melancarkan dua siasatan, kata pendakwa. Satu siasatan akan menyiasat kelakuan wanita tersebut, manakala satu lagi siasatan akan menjelaskan sama ada penggunaan senjata api oleh polis adalah wajar.
Ramai penduduk Perancis, yang mempunyai jumlah besar penduduk Muslim dan Yahudi, bimbang tentang akibat serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober, dan serangan balas Israel ke atas Gaza.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.