Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis tembak mati ketua Mujahideen Indonesia Ali Kalora

Pihak berkuasa Indonesia telah menembak mati pemimpin kumpulan Mujahideen Indonesia Timur (MIT), yang ada kaitan dengan kumpulan militan ISIS.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis tembak mati ketua Mujahideen Indonesia Ali Kalora

Gambar fail: AFP

Diterbitkan : 19 Sep 2021 04:16PM Dikemas Kini : 19 Sep 2021 04:18PM

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia telah menembak mati pemimpin kumpulan Mujahideen Indonesia Timur (MIT), yang ada kaitan dengan kumpulan militan ISIS.

Ali Kalora adalah pengganas yang paling dikehendaki di Indonesia.

Dia terbunuh bersama seorang lagi militan, Jaka Ramadhan atau Ikrima, dalam kejadian tembak-menembak dengan pasukan keselamatan dekat sebuah kawasan hutan di Pulau Sulawesi semalam (18 Sep).

Polis Indonesia kini sedang memburu empat anggota MIT yang lain menyusuli operasi tersebut.

Ali Kalora mengambil alih sebagai pemimpin kumpulan tersebut selepas bekas ketuanya, Abu Wardah Santoso, dibunuh pada 2016.

Sejak itu, puluhan anggota MIT sama ada telah ditangkap atau ditembak mati.

Ali Kalora bagaimanapun berjaya mengelakkan dirinya daripada ditangkap selama lebih 10 tahun.

Sebelum ini, kumpulan MIT pernah mengaku bertanggungjawab membunuh para pegawai polis dan penganut Kristian.

Menurut pihak berkuasa, mayat Ali Kalora dan Ikrima telah dihantar ke sebuah hospital polis bagi menjalani siasatan lanjut. 

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan